BERITA mengejut pemecatan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, barangkali satu tindakan yang langsung tidak masuk akal.
Jika kita berbicara tentang seorang pengurus yang gagal untuk membuktikan apa-apa pencapaian mahupun kemajuan, seperti Ralf Rangnick bersama Manchester United, maka berita ini seharusnya tidak menghairankan.
Namun, ini bukan calang-calang pengurus, ini Thomas Tuchel!
Kaya pengalaman serta memiliki percaturan taktikal yang berani, Tuchel adalah orangnya yang membolehkan Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada musim pertamanya mengendalikan pasukan.
Di bawah kendaliannya, Chelsea menunjukkan prestasi yang konsisten dalam saban perlawanan.
Biarpun acapkali mereka tewas dalam perlawanan-perlawanan penting, seperti ketika menentang Real Madrid di peringkat suku akhir UCL musim lalu, mereka tetap layak digelar satu pasukan yang kuat dan digeruni.
Musim ini, selepas menerima suntikan dana daripada pemilik baru kelab, Todd Boehly, kesemua pemain baharu yang dibawa masuk -- Raheem Sterling, Kalidou Koulibaly, Marc Cucurella, Wesley Fofana dan Pierre-Emerick Aubameyang -- merupakan pilihan Tuchel sendiri.
Mereka adalah pemain-pemain yang dipercayainya boleh dibentuk dalam memperkukuhkan pasukan dan menjadikan The Blues juara sekali lagi.
Jumlah yang dibelanjakan untuk membeli kesemua pemain ini adalah setinggi £250 juta (RM1.3 bilion).
Kini, dalam tempoh hanya lebih kurang sebulan sejak musim baru bermula, Tuchel pula disingkirkan, maka apa gunanya segala pembelian tersebut?
Pembelian Aubameyang merupakan perkara paling melucukan kerana pemain itu berkata dia cukup teruja untuk bersatu semula dengan Tuchel yang pernah melatihnya sewaktu kedua-dua mereka bersama kelab Borussia Dortmund dahulu.
Penyatuan semula mereka sekadar mampu bertahan satu perlawanan -- inilah yang paling tidak masuk akal.
Jika Boehly tidak lagi yakin dengan kebolehan Tuchel untuk memimpin Chelsea, mengapa dia masih bersetuju untuk melaburkan wang bagi membeli pemain yang pengurus itu mahukan?
Mungkinkah terjadinya sesuatu di sebalik tabir yang mendorong kepada tindakan drastik ini?
Laporan The Daily Mail mengatakan bahawa Chelsea sudah pun bersetuju untuk membawa masuk pengurus kelab Brighton, Graham Potter, sebagai pengganti Tuchel.
Kepantasan pihak kelab bertindak seolah-olah menandakan keputusan untuk memecat Tuchel sudah pun dirancang sejak awal lagi.
Potter kini bakal mewarisi pasukan yang pemain-pemainnya dirancang untuk dibentuk dengan gaya Tuchel sendiri, tidakkah mereka bakal tertanya-tanya adakah keputusan untuk menyertai Chelsea merupakan satu kesilapan besar?
Ada ura-ura yang menyebut bahawa Boehly mula kurang senang dengan Tuchel apabila pengurus itu menidakkan hajatnya untuk membeli Cristiano Ronaldo daripada Manchester United.
Biarpun berbuih mulut Tuchel menjelaskan mengapa Ronaldo tidak bersesuaian untuk aspek harmoni kelab serta tidak serasi dengan perancangannya, Boehly dilaporkan tetap tidak gembira.
Sekali lagi, ini sungguh tidak masuk akal.
Harus diakui prestasi Chelsea pada permulaan musim ini terumbang-ambing, tetapi tidakkah itu sesuatu yang harus dijangka buat pasukan yang dalam proses pembinaan semula, dengan begitu ramai pemain baru yang masih menyesuaikan diri?
Tuchel hanya menanti masa untuk menerima tawaran kelab-kelab terkemuka Eropah yang lain.
Dengan reputasi dan pencapaiannya, itu satu perkara yang pasti.
Bagi Chelsea pula?
Mereka dilemparkan ke dalam situasi berbahaya gara-gara tindakan seorang pemilik baru yang nampaknya langsung tidak peka dengan selok-belok industri bola sepak ini. - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Sep 08 2022
Laporan mengatakan bahawa Chelsea sudah pun bersetuju untuk membawa masuk pengurus kelab Brighton, Graham Potter, sebagai pengganti Tuchel (gambar). - Stadium Astro
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu
Berita mengejut pemecatan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, barangkali satu tindakan yang langsung tidak masuk akal.